WASHINGTON: Gergasi media sosial, Meta mengumumkan akan menghapuskan sekatan yang dikenakan terhadap akaun Facebook dan Instagram bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjelang Konvensyen Kebangsaan Republikan, minggu depan. Syarikat itu berkata, keputusan tersebut dibuat untuk memastikan calon Presiden dari Republikan itu, mempunyai kedudukan yang sama seperti Presiden Demokrat, Joe Biden. “Dalam menilai tanggungjawab untuk membenarkan ekspresi politik, kami percaya bahawa rakyat Amerika seharusnya dapat mendengar dari calon Presiden dengan…










