Melaka perhalusi titah Agong berkenaan penggunaan pembesar

Melaka perhalusi titah Agong berkenaan penggunaan pembesar suara masjid

SIDANG DUN Melaka yang berlangsung di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri sedang memperhalusi titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menyarankan pembesar suara wajar dilakukan secara lantang apabila masuk waktu solat sementara bacaan al-Quran, solat fardu dan kuliah agama terhad dalam kawasan masjid atau surau.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pelbagai faktor akan dinilai termasuk demografi di sesuatu kawasan agar keputusan yang dibuat kelak bersesuaian dengan keadaan di negeri ini.

“Agong merupakan ketua agama Islam di Melaka. Kita sedang memperhalusi dalam pelbagai sudut titah tuanku yang bersesuaian dengan keadaan di Melaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi sekiranya garis panduan ini mengambil kira pembesar suara dalam sesuatu kawasan, kita ikut lokaliti. Saya rasa untuk orang yang duduk dalam komuniti muslim tidak ada rungutan,” katanya dalam sidang akhbar ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Sultan Ibrahim bertitah agar semua rakyat menjaga keharmonian di negara ini dengan sikap saling menghormati, saling memahami dan bertolak ansur.

Seri Paduka bertitah, semua pihak harus mengelak sebarang bentuk provokasi, fitnah dan hasad dengki yang boleh merosakkan ikatan perpaduan yang telah lama terjalin

“Sebagai contoh, penggunaan pembesar suara di masjid dan surau yang kadang kala menimbulkan isu kepada penduduk setempat. Sebagai negara Islam, laungan azan masuk waktu solat adalah wajar dibuat dengan kuat.

“Namun, bacaan al-Quran, solat dan kuliah haruslah dibuat untuk dalam kawasan masjid itu sahaja,” titah Sultan Ibrahim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini