KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyemak semula semua perjanjian sedia ada berkaitan penjualan air mentah kepada Singapura, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Menurut beliau, semakan itu bagi menilai semula harga jualan air ketika kerajaan membuat perjanjian dengan republik itu sebelum ini. “Jadi, sama ada kita bagi subsidi atau tidak, kita sedang melihat balik semua perjanjian yang ada,” kata Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air selepas…










