KEPALA BATAS: “Dia (anak) cakap, mak baliklah dengan kakak dulu. Nanti Firdaus balik 27 hari bulan (Sabtu depan), kita jumpa semua sekali. Apabila makcik ingat balik (kata-kata terakhir itu), makcik rasa sedih sangat. Tapi, makcik reda Allah ambil anak makcik dahulu.” Itu luahan Hashnah Ali, 76, ibu kepada akauntan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mohamad Firdaus Yahaya, 31, yang terkorban dalam kemalangan membabitkan tujuh buah kenderaan di Jalan Bukit Dugang, Sepang,…