RABAT: Pihak berkuasa Maghribi meneruskan usaha untuk memadam kebakaran di Hutan Shershera di bahagian timur, ketika gelombang haba melanda negara itu. Kebakaran berhampiran bandar Taza sejak Rabu lalu, berlanjutan selama tiga hari berturut-turut. Menurut Pengarah Wilayah Agensi Air dan Perhutanan Maghribi di Taza, Murad Al-Saafadi, kebakaran itu memusnahkan 40 hektar Hutan Shershera, setakat tengah hari semalam. “Nasib baik tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, kerana penduduk dari kawasan berhampiran sudah dipindahkan lebih awal. “Segala usaha giat dilakukan untuk memadamkan kebakaran,” kata Al-Saafadi yang juga berharap operasi pemadaman segera selesai. Direktorat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya