GUA MUSANG: Kerajaan menjangkakan lima pakej Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) di daerah ini yang menelan kos RM1.59 bilion akan disiapkan mengikut jadual iaitu pada tahun 2027. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, walaupun ada yang mengalami kelewatan namun sebahagiannya mengikut jadual malah ada yang mendahului. Menurutnya, projek itu melibatkan Seksyen 3D (Bulatan Gua Musang ke Mentara), Seksyen 3B dan 3C (KM 180.5 FT08 ke Bulatan Gua…










