Lelaki didenda, kerah pekerja bawah umur - Utusan Malaysia

Lelaki didenda, kerah pekerja bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang pengusaha premis barangan lusuh didenda sebanyak RM1,800 oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi waktu kerja yang dibenarkan terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun. 

Tertuduh, Shadesh Kumar, 27, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret, Saiful Sayoti. 

Majistret turut menetapkan hukuman lima bulan penjara sekiranya tertuduh gagal membayar denda tersebut. 

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai majikan kepada remaja lelaki berkenaan telah gagal mematuhi waktu kerja yang dibenarkan terhadapnya. 

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 12 Jun lalu kira-kira pukul 5.30 petang di sebuah premis di Jalan Kuala Pilah-Bahau, Kampung Bukit Gelugor. 

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5(1)(c) Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 yang boleh di hukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau didenda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya. 

Pendakwaan dikendalikan oleh, Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisa Zainudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

13 Jun lalu, media melaporkan seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal diselamatkan polis selepas dipercayai menjadi buruh paksa di sebuah premis barangan lusuh, di sini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×