Lapangan terbang Franco-Swiss terima ancaman bom

Lapangan terbang Franco-Swiss terima ancaman bom

EUROAIRPORT menerima ancaman bom beberapa jam selepas serangan di rangkaian kereta api Perancis menjelang upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024, semalam.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STRASBOURG: Penumpang di lapangan terbang Franco-Swiss dipindahkan berikutan ancaman bom, beberapa jam selepas serangan pembakaran menganggu rangkaian kereta api Perancis sebelum upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024, semalam.

Menerusi makluman di laman webnya, EuroAirport, yang terletak di sebelah sempadan Perancis berhampiran Basel, berkata ia sudah membuka semula lapangan terbang itu dan operasi penerbangan turut disambung secara berperingkat.

Terdahulu, lapangan terbang Basel-Mulhouse memaklumkan ia ditutup sementara atas faktor keselamatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wilayah jabatan Haut-Rhin Perancis memberitahu AFP, pemindahan itu disebabkan ancaman bom dan pakar pemusnah bom dikerahkan ke lokasi kejadian.

Ancaman berlaku ketika pihak berkuasa Perancis giat memburu pelaku serangan pembakaran di rangkaian kereta api berkelajuan tinggi, yang menganggu perjalanan ratusan ribu orang menjelang upacara pembukaan Sukan Olimpik, petang semalam.

Akhir tahun lalu, beberapa lapangan terbang Perancis, termasuk EuroAirport, terpaksa ditutup sementara kerana beberapa siri ancaman bom palsu.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN