Lapan peserta tanam sejuta pokok nanas MD2 - Utusan Malaysia

Lapan peserta tanam sejuta pokok nanas MD2

SHEIKH UMAR Bagharib Ali (kanan) berbual dengan peserta projek tanaman nanas berkelompok di Kampung Parit Jerman, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Sebanyak satu juta pokok nanas varieti MD2 berjaya ditanam di kawasan seluas 20 hektar di bawah  projek tanaman nanas berkelompok di Kampung Parit Jerman, dekat sini sejak Januari lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, penghasilannya dijangka bermula pada Februari tahun depan dengan anggaran hasil antara 10,000 hingga 20,000 biji sebulan. 

Katanya, projek tersebut merupakan inisiatif bagi mengembangkan industri penanaman nanas secara berkelompok melibatkan peserta berusia di bawah 40 tahun. 

“Menerusi konsep berkongsi keuntungan, projek ini berjaya  menarik minat golongan muda menceburi bidang penanaman nanas yang mampu meraih pendapatan jualan kira-kira RM150,000,” katanya selepas merasmikan pusat pengumpulan hasil ladang dan benih nanas projek tanaman nanas berkelompok di Kampung Parit Jerman, di sini  yang turut dihadiri Pengarah LPNM Johor, Ahmad Fitri Shah Mohd. Yussof.

Sheikh Umar berkata, pusat pengumpulan hasil ladang dan benih nanas yang dibangunkan dengan kos RM60,000 itu akan  berperanan sebagai tempat pengumpulan, penggredan, pembungkusan dan pengagihan hasil nanas bukan sahaja di kampung tersebut, malah bagi daerah ini.

Sementara itu, penaung projek tersebut, Mohammad Anal Talhah berkata, seramai lapan  anak muda menyertai projek berkenaan dengan bantuan benih nanas, baja serta khidmat nasihat diberika  oleh LPNM.

“Kami juga memohon  LPNM membantu dari segi pemasaran supaya projek ini dapat berjalan dengan lebih baik selain memohon pemasangan lampu solar bagi kerja-kerja penanaman nanas  pada waktu malam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini