PONTIAN: Sebanyak satu juta pokok nanas varieti MD2 berjaya ditanam di kawasan seluas 20 hektar di bawah projek tanaman nanas berkelompok di Kampung Parit Jerman, dekat sini sejak Januari lalu. Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, penghasilannya dijangka bermula pada Februari tahun depan dengan anggaran hasil antara 10,000 hingga 20,000 biji sebulan. Katanya, projek tersebut merupakan inisiatif bagi mengembangkan industri penanaman nanas secara berkelompok melibatkan peserta berusia di bawah 40 tahun. “Menerusi konsep berkongsi keuntungan, projek ini berjaya menarik minat golongan muda menceburi bidang penanaman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya