Kerjasama BN-PH elak pertindahan kerusi PRU-16

Kerjasama BN-PH elak pertindahan kerusi PRU-16

AHMAD Zahid Hamidi (kiri) bersalam dengan Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan Noor Hariri Mohamed Nor semasa hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Bukit Bunga, Jeli, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Barisan Nasional (BN) menegaskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bertujuan menggelakan berlaku pertindihan kerusi pada Pilihan Umum Ke-16 (PRU-16) nanti.

Pengerusinya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun perkara itu belum dibawa secara rasmi ke Dewan Tertinggi BN.

“Dari segi lojiknya, kerjasama ini bukan melibatkan penggunaan lambang. Kita akan terus guna lambang BN begitu sebaliknya dengan PH yang menggunakan logo mereka.

“Melalui kerjasama ini kita tidak mahu mereka (PH) bertanding di kerusi yang ditandingi oleh BN. Perundingan agihan kerusi ini masih lama, tiga tahun lagi. Belum sampai ketikanya lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Bukit Bunga, di sini hari ini.

Ahmad Zahid memberitahu, beliau menyatakan perkara itu semasa proses kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Pulau Pinang dan ia perlu dilihat dari sudut kerjasama.

Katanya, parti komponen BN tidak seharusnya sensitif dengan kenyataan itu kerana ketika ini kedua-dua gabungan membentuk kerjasama.

“Saya akan bawa perkara ini dan jejaskan kepada pemimpin parti komponen BN,” ujarnya

Terdahulu, MCA dan MIC mempersoalkan kenyataan Ahmad Zahid yang akan terus bekerjasama dengan PH bagi berdepan PRU-16.

Kedua-dua menegaskan parti komponen BN tidak dirujuk berhubung perkara itu dan menyifatkan kenyataan itu agak mengejutkan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN