PARIS: Demontrasi diadakan di seluruh Perancis berikutan keputusan pusingan kedua pilihan raya Parlimen negara itu, semalam.
Orang ramai turun ke jalan raya di beberapa bandar raya untuk meraikan kemenangan mengejut gabungan berhaluan kiri mengikut keputusan awal.
Ketegangan kemudian meningkat di Dataran Republique di tengah Paris, di mana polis campur tangan menentang penunjuk perasaan, lapor akhbar harian, Le Figaro.
Di bandar utara Lille, polis dilaporkan menggunakan gas pemedih mata terhadap 500 ahli kumpulan ‘anti-fasis’.
Protes sama turut berlaku d Marseille Selatan yang melibatkan 5,000 penunjuk perasaan, dengan orang ramai melaungkan slogan menentang pakatan sayap kanan.
Sementara itu, di bandar Rennes, polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan demontrasi dan menahan 25 individu kerana mencetuskan ketegangan.
Menurut unjuran terbaharu berdasarkan anggaran Ifop, gabungan New Popular Front (NFP) boleh memenangi 187 hingga 198 kerusi, diikuti pakatan berhaluan tengah sokongan Presiden Emmanuel Macron dengan 161 hingga 169 kerusi dan parti National Rally (RN), mendapat 135 hingga 143 kerusi.
Dewan Negara mempunyai 577 kerusi dan tiada satu daripada tiga blok utama itu mendapat majoriti mutlak 289 kerusi.- ANADOLU











