‘Kenapa marah sampai ugut bunuh, saya buat orang ketawa’

‘Kenapa marah sampai ugut bunuh, saya buat orang ketawa’

ZIZAN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mendedahkan sebelum ini pernah menerima ancaman bunuh daripada seorang individu yang cemburu apabila teman wani­tanya meminati pelakon itu.

Kata Zizan, ancaman yang diterima di media sosial itu bagaimanapun diabaikan dan dibiarkan tanpa sebarang tindakan balas.

“Saya tidak buat laporan polis sebab saya rasa individu terbabit sekadar mahu menakut-nakutkan sahaja.

“Kadang saya hai­ran, kenapa ada orang marah sampai nak bunuh saya sedangkan saya selalunya hanya mahu buat orang ketawa.

“Tapi tak menga­pa, mungkin indi­vidu yang cembu­ru itu sedang han­gat bercinta, jadi marahlah dia apabila kekasihnya me­minati saya,” katanya ditemui baru-baru ini.

Pelakon berusia 40 tahun itu juga tidak menafikan sering menjadi mangsa buli siber le­bih-lebih lagi ketika menjurikan program hiburan.

Namun, Zizan mengambil pendekatan untuk tidak mengendahkan kecaman dan kejian yang diterima bagi menjaga ke­sihatan mentalnya.

“Selalunya, peminat akan rasa tak puas hati sebab artis kegemaran mereka tersingkir. Jadi mereka akan kritik juri.

“Saya tak pernah ambil serius terhadap kecaman di media sosial. Saya tak akan layan. Kalau baca komen pun adalah untuk perbaiki diri sendiri.

“Nasihat saya kepada mangsa buli siber, kalau tak tahan kejian dan kecaman, elakkan daripada memiliki akaun media sosial. Atau tutup ruangan komen,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×