REMBAU: Kementerian Pengangkutan akan menyokong penggunaan kenderaan elektrik (EV) melalui pelbagai dasar dan pelaksanaan proaktif daripada semua pihak termasuk swasta dalam usaha meneruskan penjagaan kelestarian alam sekitar. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif yang masih baharu itu mampu mencetus perubahan yang berkesan bagi mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2) sekali gus selari dengan matlamat negara untuk mencapai sasaran emisi sifar bersih. “Usaha ini selari dengan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah…