IPOH: Meskipun tidak popular, kerajaan masih melihat kepada pengawalan terhadap kebebasan penyebaran maklumat untuk memastikan ia tidak disalahgunakan dalam masyarakat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu mungkin tidak menepati kumpulan yang percaya kepada hak kebebasan untuk bersuara. Namun jelasnya, kebebasan itu kadangkala mengabaikan kesan kepada masyarakat termasuk bagaimana ia boleh menyebabkan seseorang mengambil keputusan untuk membunuh diri akibat dibuli dalam sistem penyebaran maklumat. “Kita berdepan situasi perkembangan…