PASIR PUTEH: Sebuah kapal kargo yang membawa empat buah kontena mengandungi rokok pelbagai jenama ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan selepas bersauh tanpa kebenaran diperairan negeri ini pada Jumaat. Penahanan kapal itu dilakukan pada pukul 10.45 pagi selepas Maritim, Kelantan menerima maklumat risikan berkait dengan pelanggaran undang-undang. Pengarahnya Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, sejurus menerima maklumat Maritim Kelantan telah menggerakan aset ke lokasi untuk membuat pemeriksaan. Menurutnya, sejurus tiba Maritim Kelantan mendapati kapal tersebut sedang bersauh dalam keadaan yang mencurigakan dengan tidak mengaktifkan sistem pengesanan automatik (AIS).…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya