Kanta bantu Noor Haslin raih keputusan cemerlang

Kanta bantu Noor Haslin raih keputusan cemerlang

NOOR Haslin Rosidi Sabri menunjukkan keputusan STPM di SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan, semalam. – UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Belajar dengan menggu­nakan kanta akibat masalah peng­lihatan sejak lahir, tidak menghalang seorang pelajar kategori berkeperluan khas me­raih keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.0 pada pemeriksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 yang diumumkan semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hasil kegigihan dan semangat juang tinggi, Noor Haslin Rosidi Sabri, 20, memperoleh keputusan A- bagi mata pelajaran Syariah, Bahasa Melayu (B), Usuluddin (B+) dan Pengajian Am (C+).

“Setiap hari saya akan meluangkan masa sehingga tiga jam untuk mengulang kaji mata pelajaran di rumah. Sepanjang tempoh itu (mengulang kaji), saya bergantung sepenuhnya kepada kanta.

“Paling perit untuk saya ha­rungi, mata akan sakit dan berair selepas menghadap buku selama 30 minit,” katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, di sini semalam.

Noor Haslin memberitahu, kekurangan itu menyebabkan dia tidak menyangka mampu meraih keputusan cemerlang dalam STPM 2023.

Ini kerana, dia dilahirkan tan­pa iris atau mata hitam sekali gus membataskan peluang untuk belajar seperti rakan-rakan normal yang lain.

“Saya hanya jangka mendapat keputusan PNGK 2 dan ke atas, namun semua itu keajaiban Allah apabila cemerlang dalam STPM selepas berusaha sehabis daya.

“Selain itu, rakan sekolah dan guru banyak membantun sepanjang berada di tingkatan enam selama dua tahun,” katanya.

Noor Haslin berkata, dia berhasrat menyambung pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) atau Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam bidang pendidikan.

Sementara itu Pengetua SM­KA Naim Lilbanat, Mustaffa Chik menzahirkan ucapan tahniah kepada Noor Haslin dan pelajar lain yang cemerlang da­lam STPM 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN