Kalau diperlukan, kita pergi bantulah – Anthony Loke

Kalau diperlukan, kita pergi bantulah – Anthony Loke

CALON Barisan Nasional, Mohd. Azmawi Abdul Ghani (dua, kiri) semasa menyantuni penduduk di DUN Nenggiri, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: “Kita punya pendirian mudah sahaja, kalau diperlukan kita pergi bantulah, kalau tak diperlukan kita tak perlu pergi.”

Itu kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mengenai pendirian parti itu sama ada akan turutn membantu kempen Barisan Nasional (BN), pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri, Nenggiri.

Menurut beliau, DAP sebelum ini menerima bantuan daripada BN khususnya UMNO pada PRK Kuala Kubu Baharu Mei lalu, sehingga calonnya, Pang Sock Tao menang.

“Kita memang ada dalam semangat perpaduan, kita diminta untuk bantu, seperti berlaku di PRK Pelangai, kita turun dan jaga satu dua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan bekerja, meraih undi bagi pihak BN yang selama ini mereka kalah di kawasan-kawasan seperti kampung baru Cina dan sebagainya.

“Jadi, mana-mana PRK kalau kita diperlukan, kita turunlah. Kalau orang kata kita tak perlu turun, kita tak perlu turun,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub sebelum ini dilaporkan meminta DAP membatalkan niatnya untuk berkampung dan turut membantu kempen PRK Nenggiri.

Menurut Mustapha, beliau menghormati Hasrat DAP untuk berkampug di Kawasan Orang Asli di DUN berkenaan, namun, tindakan itu dibimbangi akan mewujudkan kekeliruan dalam kalangan pengundi sekali gus memberi kelebihan kepada parti lawan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN