Johor tekad cungkil lebih ramai atlet berbakat - Utusan Malaysia

Johor tekad cungkil lebih ramai atlet berbakat

ONN HAFIZ Ghazi (tengah) bersama Kontinjen Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar yang dipilih sebagai Kontinjen Perbarisan Terbaik pada Majlis Perasmian Sukan Bangsa Johor di Stadium Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Penganjuran Sukan Bangsa Johor yang memasuki edisi ketiga tahun ini bukan sekadar untuk melahirkan masyarakat sihat, malah tujuan utamanya bagi mencungkil lebih ramai atlet berbakat dalam acara sukan dipertandingkan. 

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya turut akan menilai keberkesanan program itu dalam pembangunan sukan di negeri ini.

Selain Sukan Bangsa Johor, kerajaan negeri juga dalam perancangan untuk menganjurkan Sukan Rakyat bagi melibatkan masyarakat di kawasan pedalaman supaya dapat melahirkan atlet muda dalam menyertai acara ke peringkat lebih tinggi. 

“Pada tahun ini, seramai 2,072 atlet daripada 56 kawasan Dewan Undangan Negeri dari semua daerah dalam negeri Johor terlibat dalam empat acara yang dipertandingkan, iaitu bola keranjang 3on3, sepak takraw, futsal dan bola jaring. 

“Turut diperkenalkan adalah sukan kabaddi yang dibawakan khas oleh Persatuan Kabaddi Johor,” katanya selepas merasmikan Sukan Bangsa Johor di Stadium Kluang, di sini malam tadi. 

Pihaknya juga merancang untuk menambah jumlah sukan yang dipertandingkan yang akan diuruskan oleh Jawatankuasa Teknikal penganjuran Sukan Bangsa Johor. 

“Untuk Sukan Rakyat, Insya-Allah akan mula dipertandingkan pada tahun depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN