KLUANG: Penganjuran Sukan Bangsa Johor yang memasuki edisi ketiga tahun ini bukan sekadar untuk melahirkan masyarakat sihat, malah tujuan utamanya bagi mencungkil lebih ramai atlet berbakat dalam acara sukan dipertandingkan. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya turut akan menilai keberkesanan program itu dalam pembangunan sukan di negeri ini. Selain Sukan Bangsa Johor, kerajaan negeri juga dalam perancangan untuk menganjurkan Sukan Rakyat bagi melibatkan masyarakat di kawasan pedalaman supaya…