Johor sedia RM54.79 juta bina, baiki rumah golongan B40 - Utusan Malaysia

Johor sedia RM54.79 juta bina, baiki rumah golongan B40

SEBANYAK RM54.79 juta diperuntuk bagi membina dan membaiki 1,696 kediaman golongan B40 di Johor pada tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri memperuntukkan RM54.79 juta bagi membina dan membaiki 1,696 unit kediaman golongan kurang berkemampuan pada tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan itu telah diluluskan dalam Belanjawan Johor 2024 yang dibentangkannya pada akhir tahun lalu.

“Menerusi Belanjawan Johor 2024, kita memperuntukkan RM32 juta bagi inisiatif Bina Baharu Rumah melibatkan 328 unit, manakala RM22.79 juta pula bagi inisiatif Baik Pulih Rumah melibatkan 1,368 unit.

“Pembinaan rumah ini adalah bagi golongan kurang berkemampuan yang mempunyai pemilikan tanah sama ada secara tunggal atau secara bersama yang akan dibina di atas tanah mereka,  manakala usaha baik pulih pula untuk membaiki kediaman yang rosak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Onn Hafiz berharap inisiatif itu dapat memberi manfaat kepada golongan sasar dalam meningkatkan taraf hidup dan keselesaan mereka.

“Bagi mencapai matlamat tersebut, kerjasama semua pihak penting termasuk agensi kerajaan negeri dan Pusat yang sentiasa berkoordinasi bagi menjayakan inisiatif ini.

“Penyelarasan ini penting agar maklumat dan data yang tepat dapat diperoleh, seterusnya membantu golongan yang benar-benar memerlukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN