GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mengeluarkan satu makluman khas bagi mengehad pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masuk ke kawasan perkampungan Orang Asli di pedalaman pada musim tengkujuh. Ketua Pengarahnya, Datuk Sapiah Mohd. Nor berkata, makluman itu akan dibuat apabila menjelang musim tengkujuh bagi mengelakkan berlaku kerosakan jalan perhubungan keluar dan masuk masyarakat Orang Asli. Menurutnya, Jakoa bagaimanapun tidak pernah menghalang kemasukan pihak NGO ke kawasan pedalaman Orang Asli, namun terpaksa mengehadkan perjalanan pada musim tengkujuh. “Kita bukan menghalang malah menggalakkan kemasukan mereka kerana tahu NGO juga banyak membantu Jakoa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya