SEREMBAN: Seorang wanita yang juga pelayan pelanggan (GRO) ditahan selepas dipercayai menjadi dalang sindiket pengedaran dadah jenis Methamphetamine bernilai lebih RM8.7 juta untuk pasaran di sekitar Lembah Klang. Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Ribuan Abdullah berkata, suspek wanita tempatan berusia 35 tahun itu ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ketika sedang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) di Bandar Puteri Puchong, Selangor pada 5 Julai lalu. “Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menjumpai 13 guni yang di dalamnya terdapat sebanyak 268 bungkusan yang berlabel teh herba Cina. “Pemeriksaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya