TOKYO: Jepun akan mula mengeluarkan wang kertas baharu buat pertama kalinya menampilkan penggunaan teknologi holografik canggih, Rabu ini.
Wang kertas baharu itu menampilkan potret holografik tokoh sejarah di negara itu, dengan kelihatan berputar dalam tiga dimensi (3D), berfungsi sebagai langkah anti-pemalsuan, lapor Kyodo News.
Dalam perubahan reka bentuk pertama dalam tempoh 20 tahun, wang kertas 10,000 yen, 5,000 yen dan 1,000 yen akan mempunyai angka nilai muka yang lebih besar dicetak berbanding versi semasa supaya lebih mudah dikenali.
Tanda sentuhan untuk orang cacat penglihatan juga akan membuatkan mereka mengenali wang kertas yang dipegang.
Wang kertas bernilai 10,000 yen akan memaparkan ‘bapa kapitalisme Jepun, Eiichi Shibusawa, dengan bangunan bata merah Stesen Tokyo tertera di bahagian belakang.
Wang kertas 5,000 yen akan memaparkan pendidik Umeko Tsuda, manakala wang kertas 1,000 yen akan menggunakan potret ahli mikrobiologi yang digelar ‘bapa perubatan moden Jepun’, Shibasaburo Kitasato.
Kira-kira 7.5 bilion wang kertas baharu akan dicetak menjelang akhir Mac tahun depan.
Wang kertas sedia ada akan kekal sah walaupun selepas wang kertas baharu diperkenalkan.










