MARAN: “Lebih baik tidak turap baharu kerana jalan sebelum ini lebih baik dan selamat digunakan penduduk.” Demikian luah penduduk Kampung Sungai Jerik, Kuala Sentul di sini kerana kecewa dengan kualiti jalan yang disifatkan mereka sebagai ‘tangkap muat’ dan boleh merisikokan keselamatan pengguna khususnya penunggang motosikal. Pang Yun Seng, 58, mendakwa tiada isu atau aduan kerosakan jalan sehingga ia diturap baharu pada September tahun lalu. “Apa yang mengecewakan penduduk, jalan ini…










