Hamas terima cadangan AS runding bebas tebusan Israel

Hamas terima cadangan AS runding bebas tebusan Israel

RAKYAT Israel memegang sepanduk semasa protes antikerajaan di Baitulmuqaddis, bagi menggesa pilihan raya awal dan pembebasan tebusan di Gaza. AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Hamas didakwa menerima cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk memulakan rundingan mengenai pembebasan tebusan Israel, termasuk askar dan lelaki, 16 hari selepas fasa pertama perjanjian yang bertujuan menamatkan perang Gaza.

Sumber kanan Hamas memberitahu Reuters, kumpulan pejuang itu menggugurkan tuntutan agar Israel terlebih dahulu melakukan gencatan senjata kekal sebelum menandatangani perjanjian tersebut dan membenarkan rundingan untuk mencapai sepanjang fasa pertama enam minggu.

Seorang pegawai Palestin yang dekat dengan usaha damai pengantara antarabangsa berkata, cadangan itu boleh membawa kepada perjanjian rangka kerja jika diterima oleh Israel, sekali gus menamatkan perang sembilan bulan di Gaza.

Sumber itu mendakwa, Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS, William Burns akan melawat Qatar minggu depan untuk proses rundingan.

Bagaimanapun, jurucakap CIA enggan mengesahkan lawatan Burns selaras dengan polisinya untuk tidak mendedahkan perjalanan ketua perisik itu.

Menurut sumber, perbincangan akan tertumpu kepada penyelesaian tuntutan Hamas agar AS, Israel, Qatar dan Mesir menjamin secara bertulis perjanjian untuk gencatan senjata sementara, penghantaran bantuan dan pengunduran tentera jika rundingan tidak langsung mengenai pelaksanaan fasa kedua rancangan diteruskan.

Sementara itu, sumber dalam pasukan perunding Israel pula mendakwa, sekarang terdapat peluang yang jelas untuk mencapai persetujuan.

Ia sangat berbeza dengan keadaan sebelum ini, apabila Israel menegaskan tidak boleh menerima syarat yang dikemukakan oleh Hamas.

Jumaat lalu, pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berkata rundingan akan diteruskan minggu ini dan menekankan bahawa jurang antara kedua-dua pihak masih kekal.

Sumber serantau berkata, Washington sedang berusaha keras untuk mendapatkan perjanjian sebelum Pilihan Raya Presiden AS pada November.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN