Gadis Orang Asli tulis buku kongsi keunikan suku Jakun

Gadis Orang Asli tulis buku kongsi keunikan suku Jakun

SHIMA SIDEK menunjukkan buku berjudul Tempok Pelendong Ang sempena Program Madani Rakyat 2024 di Kuantan, baru- baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Gadis Jakun, Norasimah A/P Sidek mengambil inisiatif mendokumentasikan gaya hidup, aktiviti dan identiti masyarakat Orang Asli suku Jakun melalui penghasilan buku berjudul Tempok Pelendong Ang.

Norasimah, 32, atau lebih dikenali sebagai Shima Sidek, terpanggil untuk mengetengahkan adat dan budaya etnik Jakun iaitu antara 18 suku kaum terbesar di negara ini sebagai bahan bacaan rakyat pelbagai kaum di negara ini

Bercakap kepada Utusan Malaysia, graduan jurusan Seni Halus Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu berharap, penghasilan buku berkenaan dapat meningkatkan kefahaman masyarakat tentang etnik suku Jakun.

“Dengan menggunakan sebuah kamera, saya akan merakamkan aktiviti budaya, persekitaran dan gaya hidup etnik Jakun serta aktiviti seni masyarakat yang menarik untuk dikongsi.

“Pemilihan judul buku ` Tempok Pelendong Ang` mencakupi pelbagai maksud dan hasrat saya untuk mempromosi kehidupan suku Jakun,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Shima dari Kampung Mikang berdekatan Kampung Aur Bukit Ibam di sini mula menulis dan mengambil gambar aktiviti etnik Jakun ketika menuntut di Unimas sekitar tahun 2000.

Menurutnya, Unimas, membuka mindanya untuk mengambil langkah bermakna mengangkat status sosial etnik Orang Asli khususnya Jakun.

Antaranya, pemakaian tempok dari anyaman daun mengkuang atau kelapa di kepala, adalah tradisi `wajib’ bagi suku kaum itu bagi menyambut tetamu.

Menurutnya lagi, bagi orang Melayu tanjak atau destar dipakai pada majlis keraian dan keramaian sebagai satu identiti. Begitu juga fungsi tempok kepada suku kaum itui.

“Pelendong ertinya semangat dan Ang bermaksud saya dalam bahasa Jakun. Jadi, Tempok Pelendong Ang bermaksud ‘Tempok semangat saya dalam Bahasa Melayu,” katanya.

Shima berkata, buku yang dihasilkan dengan kerjasama rakannya, Jeffrey Lim menghimpunkan pelbagai gambar berkaitan masyarakat Orang Asli terutama suku Jakun.

Katanya, buku berbentuk foto esei itu memaparkan gambar dengan pelbagai cerita dan tafsiran tentang masyarakat Orang Asli terutama suku Jakun.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×