Gabungan NPF bincang calon PM Perancis

Gabungan NPF bincang calon PM Perancis

BENDERA Perancis dikibarkan semasa perhimpunan malam pilihan raya Parlimen di Place de la Republique, pada 7 Julai.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Gabungan baharu haluan kiri Perancis, New Popular Front (NPF) mula membincangkan calon perdana menteri selepas mengumumkan memperoleh kerusi terbanyak dalam pilihan raya Parlimen negara itu.

Tiada satu pun daripada tiga blok utama – kanan, tengah dan kiri – memperoleh majoriti mutlak untuk mentadbir negara dalam keputusan pusingan kedua, 7 Julai lalu.

Parti-parti NPF mula membincangkan secara dalaman calon mana yang patut dicadangkan sebagai perdana menteri baharu kepada Presiden Emmanuel Macron, yang akan melantik mereka untuk membentuk kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, Macron menolak peletakan jawatan Perdana Menteri, Gabriel Attal dan meminta beliau untuk mengekalkan fungsinya buat masa ini sehingga kestabilan politik di negara itu terjamin.

Pemimpin parti France Unbowed (LFI), Manuel Bompard berkata, adalah mustahil untuk mengekalkan Attal dalam jawatannya kerana boleh menghapus undi rakyat Perancis.

“Hari ini kami bersiap sedia untuk mentadbir, untuk melaksanakan program yang menjadi milik kita,” kata Bompard, sambil menambah bahawa Presiden Macron mempunyai kewajiban untuk memanggil NPF mentadbir negara.

Pendirian itu disokong oleh Setiausaha Kebangsaan Parti Hijau (EELV), Marine Tondelier yang memberitahu penyiar RTL bahawa Macron sepatutnya mengumumkan secara rasmi hari ini, untuk NPF menetapkan seorang calon.

Salah seorang tokoh utama NPF, bekas calon Presiden dan pengasas LFI, Jean-Luc Melenchon adalah nama yang banyak diperdebatkan.

Tondelier menegaskan, dalam konteks ini seorang perdana menteri yang baik mesti menenangkan negara dan bersatu dalam blok mereka sendiri.

“Beliau (Melenchon) berkata tidak mahu memaksa diri dan sebahagian besar NPF tidak mahukannya,” katanya yang membayangkan bahawa pemimpin itu bukan calon sesuai untuk jawatan perdana menteri.

Sementara itu, pemimpin Parti Sosialis, Olivier Faure berkata, gabungan tersebut mesti mencadangkan nama calon minggu ini, lapor Le Figaro.

Menurut unjuran terkini berdasarkan data daripada Kementerian Dalam Negeri, gabungan NPF boleh memenangi lebih 180 kerusi di Dewan Negara.

Sementara, pakatan yang disokong oleh Macron menduduki tempat kedua dengan lebih 160 kerusi, manakala parti National Rally (RN) di bawah Marine Le Pen mendapat lebih 140 kerusi.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN