Filipina guna penghadang terapung kawal tumpahan minyak

Filipina guna penghadang terapung kawal tumpahan minyak

KAKITANGAN pengawal pantai menyusun penghadang terapung untuk digunakan mengawal tumpahan minyak di pelabuhan di Limay, Bataan.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Pengawal Pantai Filipina merancang untuk menggunakan penyebar minyak dan penghadang terapung bagi menangani tumpahan minyak bahan api di perairan berhampiran Manila.

Ini susulan, insiden sebuah kapal tangki, MT Terra Nova dengan muatan 1.4 juta liter minyak bahan api industri terbalik dan tenggelam di Teluk Manila, semalam.

Tumpahan minyak dikesan beberapa kilometer di laluan air, yang berisiko menjejaskan ribuan nelayan dan pengusaha pelancongan.

Jurucakap Pengawal Pantai Filipina, Laksamana Muda Armando Balilo berkata, tumpahan minyak itu hanya melibatkan bahan api diesel yang digunakan untuk menggerakkan kapal tangki, dan setakat ini kebocoran tiada kaitan dengan muatan bahan api industri.

Pengawal pantai menyasarkan tempoh tujuh hari untuk mengalihkan kargo tersebut dan menghalang tumpahan minyak menjadi insiden paling teruk dalam sejarah Filipina.

Kapal itu tenggelam ketika hujan lebat akibat Taufan Gaemi dan monsun bermusim melanda Manila serta kawasan sekitarnya sejak beberapa hari lalu.

Seorang anak kapal maut, manakala 16 yang lain berjaya diselamatkan.

Siasatan mengenai punca kejadian masih dijalankan, tetapi Balilo menegaskan kapal terbabit tidak melanggar peraturan berkaitan pelayaran dalam cuaca buruk.

Sementara itu, kumpulan kempen Greenpeace berkata, pemilik MT Terra Nova harus menanggung kos bagi sebarang kerosakan alam sekitar dan memberi pampasan kepada komuniti terjejas.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN