FBI sertai siasatan kes kematian enam pelancong di Thailand

FBI sertai siasatan kes kematian enam pelancong di Thailand

SRETTHA THAVINSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyertai pihak berkuasa Thailand dalam menyiasat kes kematian misteri enam warga asing di sebuah hotel mewah di Bangkok, semalam.

Perdana Menteri, Srettha Thavinsin hari ini berkata, penglibatan agensi Amerika Syarikat (AS) itu berikutan dua daripada enam mangsa terbabit adalah warganegaranya.

Mayat mangsa ditemukan pada Selasa dalam sebuah bilik di Hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok, terletak berhampiran persimpangan pusat bandar Ratchaprasong, kawasan yang popular dengan pelancong asing.

Thavinsin dalam kenyataan terdahulu berkata, mangsa berkemungkinan mati akibat diracun, namun meminta semua pihak tidak membuat kesimpulan awal kerana dibimbangi mencetuskan kekeliruan.

Beliau berkata, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan terdapat individu ketujuh warga Vietnam dalam kes itu.

Katanya, polis akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai punca kematian, sebaik sahaja butiran bedah siasat awal dan penemuan lain diketahui.

Pada masa sama, Thavinsin menegaskan kes kematian itu tidak akan memberi kesan kepada industri pelancongan utama negara.- BLOOMBERG

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×