Econsave bekal air bersih kepada penduduk Gaza - Utusan Malaysia

Econsave bekal air bersih kepada penduduk Gaza

PASARAYA Econsave membekalkan antara 4,000 hingga 8,000 liter air bersih setiap hari kepada penduduk Gaza di kem-kem pelarian di Palestin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

 

Memuatkan artikel berkaitan…

 

 

JOHOR BAHRU: Pasaraya Econsave Cash and Carry (Econsave) membekalkan 4,000 hingga 8,000 liter bekalan air bersih setiap hari kepada pelarian Palestin di kem-kem pelarian dan sekolah, negara itu.

Pengurus Besarnya, Mas Imran Adam berkata, sumbangan menerusi inisiatif projek ‘Air Untuk Kehidupan’ tersebut dibiayai sepenuhnya oleh pasar raya berkenaan.

“Projek ini bermula pada bulan ini dan akan diteruskan hingga Ogos dengan sebanyak 4,000 hingga 8,000 liter air minuman diagihkan setiap hari.

“Pada masa ini, krisis kekurangan bekalan air minuman adalah antara masalah utama dihadapi penduduk Semenanjung Gaza. Ini berpunca kerana kekurangan loji rawatan air, gangguan bekalan elektrik dan kekurangan bahan api yang digunakan untuk mesin penjana,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mas Imran berkata, perkara itu telah menyebabkan berlakunya kenaikan harga air mendadak menjadi lebih RM5 seliter. 

“Ini menyebabkan kanak-kanak terpaksa membawa botol berisi air seberat 20 liter ke kawasan yang jauh untuk mendapatkan bekalan air bersih bagi kegunaan keluarga mereka.

“Sehubungan itu, projek ini menjadikan urusan berkenaan lebih mudah dan selamat, iaitu  mereka boleh mendapatkan bekalan air bersih dalam kuantiti banyak untuk kegunaan seharian,” jelasnya sambil memaklumkan agihan dibuat dalam keadaan teratur dengan menyediakan barisan khas untuk golongan wanita.

Walaupun barisan panjang, namun urusan pengagihan itu berjalan lancar dan jelas terpancar  kegembiraan pada wajah penduduk yang berjaya mendapat air bersih untuk kegunaan harian mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×