KUALA LUMPUR : Polis menahan dua lelaki di dua unit kondominium di Jalan Genting Klang dan Taman Wahyu semalam selepas disyaki melakukan pertaruhan judi bola sepak Euro 2024. Penahanan kedua-dua mereka dilakukan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Bukit Aman pukul 9 pagi hasil maklumat dan risikan. Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dua lelaki tempatan yang ditahan disyaki berperanan sebagai penganjur…










