Dua gajah meriahkan sambutan 150 tahun bandar Taiping

Dua gajah meriahkan sambutan 150 tahun bandar Taiping

GAJAH betina Pian dan Rambai yang dibawa khas dalam Perarakan Komuniti Taiping sempena Sambutan 150 Tahun Bandar Warisan Taiping hari semalam. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Dua ekor gajah betina dari Kuala Gandah, Pahang didatangkan khas ke bandar Taiping pada perarakan sempena sambutan ke-150 Bandar Warisan Taiping, di sini semalam.

Orang Besar Jajahan (OBJ) Daerah Larut, Matang, Selama, Datuk Seri Wan Mohd. Isa Wan Mohd Razali berkata, kehadiran dua ekor gajah betina yang bernama Pian dan Rambai itu bukan hanya menyemarakkan program tetapi mengimbau kembali nostalgia bandar Taiping.

“Kehadiran dua ekor gajah ini iaitu Pian dan Rambai merupakan simbolik kepada kedudukan Taiping 150 tahun lalu.

“Gajah merupakan simbol untuk golongan kaya atau orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan gajah turut digunakan sebagai alat pengangkutan pada masa itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Perarakan Komuniti Taiping di Dataran Warisan Taiping di sini.

Menurut Wan Mohd Isa, gajah memainkan peranan dalam pembukaan dan pembangunan Taiping pada masa itu.

Beliau berkata, Taiping mula pesat membangun apabila gajah milik Long Jaafar menemukan bijih timah.

“Selepas itu Taiping atau dahulunya Klian Pauh mula membangun dari segi ekonomi.

“Berdasarkan penghayatan sejarah lalu, gajah betina, Pian dan Rambai didatangkan secara khas untuk perarakan ini supaya mengembalikan nostalgia peranan gajah sebagai pemula pembangunan Taiping,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×