BN perlu dinamik hadapi cabaran semasa – Johari

BN perlu dinamik hadapi cabaran semasa – Johari

JOHARI Abdul Ghani (tengah) bersama barisan pimpinan UMNO Bahagian Bentong selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bentong di Dewan Majlis Perbandaran Bentong di Bentong semalam. – FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Barisan Nasional (BN) perlu mengatur strategi lebih dinamik dalam berhadapan cabaran semasa bagi memastikan parti itu terus relevan dan bangkit semula.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, strategi yang dirancang juga perlu realistik dengan kerja­sama komponen BN dan Kerajaan Perpaduan dalam memastikan kemenangan parti tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Parti itu juga katanya, tidak boleh terikat dengan pemikiran lama dalam memilih calon yang akan bertanding pada PRU16.

“Calon yang dikenal pasti juga wajib turun padang lebih awal sekali gus dapat melakukan gerak kerja sehingga dikenali masyarakat setempat,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bentong di Dewan Majlis Perbandaran Bentong di sini semalam.

Menurut beliau, parti tidak boleh tunggu saat akhir untuk mengenal pasti calon dan turun padang susulan kekalahan teruk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum sebelum ini

Kata beliau, calon yang di­pilih perlu memenuhi kriteria bersesuaian berdasarkan kepada kawasan terbabit agar dapat menawan hati pengundi dan membawa kemenangan kepada UMNO dan juga Barisan Nasio­nal (BN).

Katanya, calon terpilih juga perlu dilatih dan dibantu jika tidak mempunyai pengalaman agar mereka dapat menjadi pemimpin yang disukai masyarakat.

“Itu kita hendak buat, kita mahu latih pemimpin UMNO ini belajar jadi pembangkang pasal dia selalu menang, menang, menang lepas itu bila dia kalah dia tidak reti.

“Kena belajar, ini baru betul akhirnya rakyat akan dapat manfaat, wakil rakyat bagus, pembangkang pun bagus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×