Bekas pengurus hotel ketakutan, halaman rumah dibakar along

Bekas pengurus hotel ketakutan, halaman rumah dibakar along

ZHI WEI (tengah) menunjukkan gambar kejadian kebakaran halaman rumah bapanya di Grisek, Ledang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang bekas pengurus sebuah hotel di Singapura hidup dalam ketakutan apabila halaman rumah bapanya di Grisek, Ledang dibakar ceti haram atau along yang menuntut pampasan dengan alasan tidak masuk akal.

Mangsa, Zhi Wei, 42, yang mengakui pernah membuat pinjaman itu khuatir tentang keselamatan ahli keluarganya susulan tindakan agresif along berkenaan, namun dia sedikit lega apabila tiada yang cedera dalam kejadian pada 8 Julai lalu.

“Saya tidak sangka akan menjadi buruan ceti haram yang bukan mahu menuntut hutang, sebaliknya menuntut pampasan atas alasan tidak masuk akal. Sebelum ini, saya ada meminjam SG$300 (RM1,044) daripada along bagi menampung perbelanjaan selepas membantu ahli keluarga yang berdepan masalah kewangan pada April lalu, namun hutang itu telah dilunaskan,” katanya membuat aduan kepada Pegawai Aduan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Mok Meng Haw, di sini.

Zhi Wei yang belum berkahwin telah membuat pinjaman SG$500 (RM1,741) daripada ceti haram lain dan telah melunaskan pinjaman itu dengan membayar balik SG$600 (RM2,089) dalam masa kurang sebulan. 

Dia kemudian dihubungi oleh ceti haram pertama mendakwa akaun bank mereka dibekukan selepas dia melakukan transaksi pembayaran.

“Mereka menuntut SG$11,000 (RM38,305) sebagai pampasan sebelum ceti haram kedua itu tampil membantu dengan berbincang dan berjaya mengurangkan nilai ganti rugi kepada SG$5,500 (RM19,152) serta menawarkan pinjaman bagi membayar pampasan itu.

“Saya tidak fikir panjang dan sekali lagi meminjam daripada ceti haram kedua itu bagi elak diganggu. Saya lega kerana tidak dibebani hutang lagi dengan membayar wang itu hasil menjual pakej pelaburan di sebuah syarikat insurans,” katanya mendakwa membayar balik hutang itu dengan menyerahkan wang tunai kepada pengutip hutang ceti haram berkenaan.

Jangkaan Zhi Wei bahawa masalah dengan along telah berakhir jauh meleset apabila dia diminta untuk membayar pampasan kerana pengutip hutang berkenaan ditahan polis.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×