Bayi lelaki ditinggalkan di hadapan restoran - Utusan Malaysia

Bayi lelaki ditinggalkan di hadapan restoran

JKM meminta bantuan orang ramai mengesan waris bayi lelaki yang ditinggalkan di depan sebuah restoran di Taman Austin Perdana, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sekumpulan pekerja terkejut menemukan seorang bayi lelaki yang dipercayai baru lahir ditinggalkan di hadapan sebuah restoran di Taman Austin Perdana, di sini.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Norhafizah Ahmad berkata, bayi yang masih bertali pusat itu ditemukan dalam keadaan selamat, 23 Jun lalu.

Memandangkan tiada yang menuntut bayi tersebut, pekerja restoran itu melaporkan perkara itu di Ibu pejabat Polis Johor Bahru Selatan yang kemudian membawa bayi itu ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk menerima rawatan.

“Pegawai perubatan memberitahu bahawa bayi itu baharu sahaja dilahirkan ketika ditemukan berdasarkan tali pusat dan keadaan fizikalnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Norhafizah berkata, bayi berkenaan kini ditempatkan sementara di Rumah Perlindungan Kanak- Kanak Johor.

Pihaknya mendapat perintah interim di bawah Seksyen 30(7) Akta Kanak-Kanak 2001 di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Johor Bahru pada 4 Julai lalu bagi membolehkan pihak JKM menjalankan siasatan lanjut.

Bayi lelaki berkenaan diberi nama Ahmad dan JKM dalam proses untuk mendaftarkan kelahirannya.

JKM memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris bayi tersebut yang kini berusia 32 hari demi kesejahteraannya pada masa depan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Pelindung JKM Daerah Johor Bahru, Jamalluddin Hassan menerusi talian 07-2232606 atau 07-2232607. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×