Baju-T serangan kempen Trump laku di pasaran e-dagang China

Baju-T serangan kempen Trump laku di pasaran e-dagang China

PENJUAL baju-T di platform e-dagang China, Taobao menggunakan gambar yang diambil oleh jurugambar AP, Evan Vucci.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Peruncit dalam platform e-dagang China memanfaatkan insiden cubaan membunuh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menerusi penjualan baju-T.

Baju itu memaparkan gambar beliau menunjukkan penumbuknya, hanya beberapa jam selepas berita itu tersebar.

Di platform e-dagang popular Taobao, kumpulan pertama baju itu mula dijual kurang tiga jam selepas insiden tembakan di Pennsylvania, kira-kira pukul 6.11 petang waktu tempatan, lapor South China Morning Post.

Seorang penjual Taobao berkata, dia menjual baju-T itu sebaik membaca berita berkenaan.

Dalam tempoh tiga jam, ia berjaya menerima lebih 2,000 pesanan dari China dan AS.

Gambar pada baju-T itu diambil oleh jurugambar Associated Press (AP), Evan Vucci.

Imej Trump dalam keadaan berdarah dan mengangkat penumbuk dengan cepat menjadi tular, mencatatkan hampir 122,000 tanda suka di akaun Instagram dan X milik Vucci.

Foto baju-T Trump turut menjadi viral di X, dengan lebih 27,400 hantaran semula dan 264,000 tanda suka.

Bagaimanapun, senarai baju-T tersebut sudah dikeluarkan, berdasarkan carian ‘Trump T-shirt’ di Taobao oleh CNA.

Imej penyenaraian produk juga dilihat sudah ditapis dalam halaman microblogging Weibo.

Imej yang disiarkan oleh agensi berita Russia, Sputnik di akaun Weibonya mengenai penyenaraian produk sudah ditapis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN