Arab Saudi, Jordan gugur 30 tan bantuan makanan ke Gaza

Arab Saudi, Jordan gugur 30 tan bantuan makanan ke Gaza

TENTERA Jordan menggugurkan bantuan kemanusiaan dari udara di bahagian di selatan Semenanjung Gaza, Palestin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi dan Jordan menghantar 30 tan bantuan makanan sedia dimakan untuk rakyat Palestin di Gaza melalui udara, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief), penghantaran bantuan itu dilakukan bersama Pertubuhan Amal Hashemite Jordan (JHCO) dan Angkatan Bersenjata Hashemite Jordan.

Ketua Pengarah KSrelief, Dr Abdullah bin Abdulaziz Al Rabeeah berkata, bekalan makanan yang digugurkan melalui udara adalah sesuai untuk dimakan segera tanpa perlu dipanaskan.

KSrelief dan agensi bantuan lain menggunakan payung terjun bagi membawa bantuan makanan ke Gaza untuk memintas penutupan lintasan sempadan oleh tentera Israel.

Dalam kenyataan pada Ahad, Al-Rabeeah menggesa pembukaan lintasan sempadan berikutan penghantaran bantuan melalui udara adalah langkah tidak mampan, memandangkan sebilangan besar penduduk memerlukan bantuan kemanusiaan.

Beliau berkata, kempen KSrelief untuk rakyat Palestin sehingga kini mengumpul jumlah kewangan melebihi AS$184 juta (RM866 juta).

Kerajaan juga mengendalikan jambatan udara terdiri daripada 54 pesawat dan jambatan laut melibatkan lapan kapal yang masih beroperasi.

Selain itu, Amerika Syarikat (AS) juga membina pelabuhan laut sementara di Gaza untuk penghantaran bantuan kemanusiaan, namun ia tidak stabil akibat laut yang bergelora.

Lebih dua juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal di Gaza sejak Israel melancarkan perang besar-besaran sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas pada Oktober, tahun lalu.

Konflik selama sembilan bulan di wilayah itu turut meragut nyawa lebih 38,000 rakyat Palestin dan mengakibatkan kerosakan meluas pada infrastruktur Gaza.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN