Anggota trafik patah paha motosikal rempuh van

Anggota trafik patah paha motosikal rempuh van

KEADAAN motosikal anggota trafik yang terlibat kemalangan semasa tugasan rasmi kawalan lalu lintas sempena lawatan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. di Jalan Kubang Panjang, Tumpat, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang anggota polis trafik patah paha kiri selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah van dalam kejadian di Jalan Kubang Panjang di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.50 tengah hari itu, mangsa dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan sedang melaksanakan tugasan rasmi kawalan lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, siasatan mendapati, anggota polis trafik itu sedang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu ke Pengkalan Kubor atas tugasan rasmi kawalan lalu lintas menteri.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, sebuah van jenis Vannette dipandu seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an yang berada di depan motosikal anggota polis itu telah membelok ke kanan.

“Mangsa cuba mengelak kenderaan itu, namun gagal sebelum merempuh pintu van tersebut.

“Kemalangan itu menyebabkan anggota polis itu patah pada paha kirinya sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN