Anak pencuci bangunan peroleh PNGK 4.0

Anak pencuci bangunan peroleh PNGK 4.0

NUR Fadzlina Thaulath (tengah) diapit oleh kedua ibu bapanya, Nabisha Abdul Jaleel dan Thaulath Darmenullansadee selepas diumumkan antara pelajar cemerlang STPM 2023 di Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin, Pulau Pinang. – UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang anak pencuci bangunan merupakan antara 70 orang pelajar cemerlang negeri ini yang memperoleh 4A dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023, yang diumumkan semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Amsyar Muawiyah Mohd. So­fi, 20, berkata, melihat kegi­gihan ibunya, Mardiah Ismail, 47, be­kerja sebagai pencuci bangunan untuk menyara keluarga dengan gaji RM1,500 sebulan menjadi pe­rangsang kepadanya untuk me­ngubah nasib keluarga.

Kata bekas pelajar Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin di sini itu, dia bergelar anak yatim pada usia 16 tahun selepas ayahnya, Mohd. Sofi Salleh, 48, yang juga merupakan seorang pekerja kilang meninggal dunia secara mengejut ketika itu.

“Selepas ayah meninggal dunia barulah emak bekerja sebagai pencuci bangunan di Mah­kamah Pulau Pinang dan saya melihat emak bekerja keras untuk menyara saya dan adik yang berusia 18 tahun.

“Emak juga selalu pesan bahawa saya adalah harapan keluarga. Jadi, saya perlu berusaha membaiki nasib keluarga dengan belajar bersungguh-sungguh.

“Oleh itu, saya mahu hadiahkan keputusan cemerlang STPM hari ini kepada mak yang banyak memberi dorongan dan tidak putus berdoa untuk kejayaan saya,” katanya ketika ditemui di kolej berkenaan di sini, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN