Akur jika pembangkang rampas pemerintahan UK

Rishi Sunak dijangka gagal pertahan jawatan PM Britain

PEMIMPIN pembangkang utama Britain, Keir Starmer (kanan) dan Ketua Parti Buruh Scotland, Anas Sarwar dalam kempen di Glasgow, pada 3 Julai.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Belum mencecah usia dua tahun pemerintahan, Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak dijangka tewas kepada parti Konservatif selaku pembangkang di negara itu.

Sekiranya ramalan itu benar, ia bakal merekodkan sejarah Pilihan Raya Umum sekaligus menoktahkan zaman orang Asia British pertama memegang jawatan itu.

Tinjauan pendapat menunjukkan Parti Buruh berhaluan tengah-kiri dijangka memperoleh kemenangan besar, dengan pemimpinnya, Keir Starmer mengintai peluang sebagai Perdana Menteri sekali gus mengakhiri 14 tahun pemerintahan Konservatif.

Dalam kempen terakhir sebelum pengundian, Starmer dan pesaing utamanya Perdana Menteri dari parti Konservatif, Rishi Sunak memberi amaran kepada pengundi mengenai kesan ekonomi yang teruk jika parti lawan menang.

Menghadapi ramalan keputusan terburuk dalam sejarah parti, Konservatif berusaha mengalihkan tumpuan kepada mengehadkan kerosakan, dengan perlu mempertahankan kerusi mencukupi untuk memberi penentangan berkesan terhadap kerajaan Buruh.

“Saya menerima keputusan mungkin parti Buruh akan mendapat majoriti terbesar.

“Oleh itu, apa yang penting sekarang ialah barisan pembangkang yang kita ada serta jenis keupayaan untuk mengkritik kerajaan dalam Parlimen. Saya berusaha keras untuk setiap undian,” kata menteri Konservatif, Mel Stride kepada BBC.

Bagaimanapun, Parti Buruh tetap memberikan fokus dengan berkempen di saat-saat akhir.

Ini kerana, timbul kebimbangan pengundi mungkin beranggapan keputusan sudah memihak Buruh dan tidak menunaikan tanggungjawab keluar mengundi atu memberikan undi protes kepada parti kecil lain.

Starmer berkata, kenyataan Stride adalah cubaan untuk menghalang pengundi ‘atas pagar’ supaya tidak membuang undi.

Analisis pengundian oleh Survation menyaksikan Buruh memenangi 484 daripada 650 kerusi di Parlimen, jauh lebih banyak daripada 418 kerusi yang dimenangi bekas pemimpin parti itu, Tony Blair dalam kemenangan besarnya pada 1997.

Parti Konservatif dijangka memenangi hanya 64 kerusi, yang merupakan jumlah paling sedikit sejak parti itu ditubuhkan pada 1834.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN