90 peratus Orang Asli setuju Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan isu tanah 

90 peratus Orang Asli setuju Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan isu tanah 

RAMLI Mohd. Nor (kanan) menerangkan kepentingan Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan isu pemilikan tanah Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli di Dewan Bonda Yah, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan, hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Dianggarkan 90 peratus daripada 219,000 masyarakat Orang Asli di negara ini bersetuju dengan Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan isu pemilikan tanah melibatkan kaum minoriti itu yang akan dibentangkan selewat-lewatnya tahun 2027 di Parlimen.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Ramli Mohd. Nor berkata, ia hasil sesi libat urus yang dilakukan bersama masyarakat berkenaan di tujuh buah lokasi seluruh negara.

“Hasil daripada sesi libat urus ini boleh dikatakan pada dasarnya saya lihat 90 peratus bersetuju dan ini adalah jumlah yang tinggi. Kita cuba rungkaikan masalah ini demi kepentingan masyarakat Orang Asli  supaya ada satu garis panduan yang jelas. 

“Kalau kita lihat daripada senarai-senarai tugas melibatkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri, isu tanah terletak di bawah kerajaan negeri, oleh itu usaha ini memudahkan tuntutan masyarakat Orang Asli sebab ia melibatkan tanah adat mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Penghulu, Pengerusi dan Setiausaha JPKKOA Negeri Kelantan dan Terengganu tahun 2024 di Dewan Bonda Yah, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jakoa, Datuk Sapiah Mohd. Nor.

Ramli memberitahu, selepas selesai semua sisi libat urus, perkara itu akan dibawa kepada Majlis Peguam dan kemudiannya kepada kabinet yang akan menyerahkan kepada Peguam Negara untuk pandangan, seterusnya kepada Majlis Raja-Raja.

Sebelum ini media melaporkan, Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kepentingan masyarakat Orang Asli dijangka dibentang di Parlimen selewat-lewatnya pada 2027.

Ramli Mohd. Nor yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands berkata, setakat ini proses libat urus bersama masyarakat Orang Asli dan badan bukan kerajaan (NGO) sedang giat dijalankan dan mendapat maklum balas yang positif.

Katanya, libat urus pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi kepentingan masyarakat Orang Asli setakat ini dijalankan di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang Barat, Perak dan Kedah.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN