REMBAU: Sebanyak 80 buah Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dinaik taraf kepada Kolej Vokasional (KV) dalam usaha memartabatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 23 projek naik taraf telah selesai dilaksanakan manakala selebihnya masih lagi dalam proses kerja-kerja berkaitan. Menurut beliau, kolej vokasional harus menjadi peneraju kepada kepakaran dalam negara selari dengan reformasi dan agenda pendidikan di peringkat…










