White House kecam Republikan manipulasi video kelakuan Joe

White House kecam Republikan manipulasi video kelakuan Joe Biden

KELAKUAN Joe Biden yang dikatakan seperti keliru dan bingung dalam beberapa acara kerajaan menjadi tular di media sosial.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: White House mengecam parti Republikan kerana menyebarkan video yang memaparkan kemerosotan mental dan fizikal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, dengan menjelaskan imej itu dipotong dan dimanipulasi secara menipu.

Setiausaha Akhbar, Karine Jean-Pierre menyifatkan Republikan terdesak sehingga terpaksa menggunakan klip video yang dianggap terlalu ‘murahan’.

Rangkaian termasuk New York Post dan akaun media sosial rasmi Republikan berkongsi beberapa video pendek yang memaparkan kelakuan memalukan presiden berusia 81 tahun itu.

Dalam satu video, Biden dilihat seperti bingung dan berkelakuan pelik sewaktu bersama rakan pemimpin dunia menonton pertunjukan terjun udara semasa sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Itali, minggu lalu.

Jean-Pierre berkata, rakaman itu sengaja disunting secara mengelirukan, walhal Biden ketika itu bergerak untuk memberikan pujian kepada para penerjun.

“Ini disemak fakta secara meluas… termasuk oleh media konservatif. Jika anda menyiarkan rakaman itu lebih panjang, anda akan lihat apa yang berlaku,” katanya pada taklimat media, semalam.

Awal minggu ini, NBC turut menafikan dakwaan itu dan menyiarkan rakaman daripada kameranya yang menunjukkan Biden sedang berinteraksi dengan penerjun payung.

Satu lagi rakaman yang dikongsi secara meluas turut memaparkan Biden berdiri kaku ketika pemimpin menari di sebelahnya semasa konsert di White House yang didakwa parti lawan sebagai kelakuan mengelirukan.

Jean-Pierre menjelaskan, Biden hanya berdiri dan menikmati muzik tanpa mahu menari atas faktor kesihatan.

Saingan utama Biden pada pilihan raya November, iaitu Donald Trump dari Republikan, menjadikan usianya yang semakin meningkat sebagai salah satu senjata kempen.

Trump cuba meletakkan dirinya sebagai pencabar yang bertenaga walaupun usianya 78 tahun, hanya tiga tahun lebih muda dari Biden.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN