Wang wanita lesap RM7,000, isi butiran pautan diterima di WhatsApp - Utusan Malaysia

Wang wanita lesap RM7,000, isi butiran pautan diterima di WhatsApp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang jurujual wanita berputih mata apabila wang dalam akaun bank dan e-dompet miliknya yang berjumlah lebih RM7,000 lesap selepas dia mengisi butiran dalam satu pautan menerusi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 28 tahun telah terpedaya melalui panggilan telefon dari seorang lelaki yang mendakwa sebagai pekerja platform e-dagang popular, pagi kelmarin.

Lelaki tersebut telah bertanyakan mengenai produk penjagaan kulit muka yang dipilih mangsa dalam aplikasi e-dagang itu dan mangsa memaklumkan ingin membeli produk tersebut.

“Mangsa kemudiannya telah menerima tiga pautan melalui aplikasi WhatsApp dan mengisi butiran dalam pautan tersebut. Setelah semakan dalam akaun bank, mangsa mendapati wang simpannya berkurangan sebanyak RM5,346.

“Wanita itu menyemak baki e-dompet dan mendapati berkurangan sebanyak RM1,000. Mangsa yang merasakan dirinya ditipu telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol petang kelmarin,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Chang Hook berkata, sehubungan itu, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×