JOHANNESBURG: Kementerian Kesihatan Afrika Selatan melaporkan kematian kedua akibat jangkitan cacar monyet atau virus mpox di negara itu, setakat minggu ini. Kementerian hari ini berkata, kes baharu direkodkan kurang 24 jam selepas kematian pertama diumumkan. Kes baharu itu melibatkan seorang lelaki berusia 38 tahun, yang dimasukkan ke hospital di wilayah KwaZulu-Natal (KZN) akibat kelesuan, sakit kepala, ulser mulut, sakit otot dan sakit tekak. Dia disahkan dijangkiti penyakit itu semalam. “Malangnya,…










