SEREMBAN: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencipta sejarah apabila menghasilkan ukiran figura tiga dimensi (3D) yang membantu pengajaran solat dan dibangunkan khas untuk komuniti orang kurang upaya (OKU) penglihatan di negara ini. Pertama seumpamanya di Malaysia, penciptaan Figura 3D Celik Solat OKU Penglihatan itu merupakan hasil penyelidikan Smart Manufacturing and Advanced Renewable Technology Research Group (Smart RG) dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum.…