UMNO perlu kenal pasti segera calon bertanding pada PRU16

UMNO perlu kenal pasti segera calon untuk bertanding pada PRU16

JOHARI Abdul Ghani (baju biru) bersama kepemimpinan UMNO Bahagian Arau selepas mesyuarat bahagian tersebut di Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Arau, semalam. – MINGGUAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: UMNO perlu mengenal pasti segera calon-calon yang ingin diketengahkan dalam Pilihanraya Umum Ke -16 (PRU16).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kepimpinan di semua peringkat terutama di negeri-negeri perlu melakukan kerja awal dengan mengenal pasti calon yang berkelayakan untuk bertanding di mana-mana kawasan yang parti itu kalah sebelum ini.

Beliau berkata, langkah tersebut juga membolehkan ke-pimpinan parti menilai prestasi calon berkenaan dalam tempoh tiga tahun akan datang sebelum tibanya PRU16.

“Kalau dia (calon diketengahkan itu) tidak boleh perform, kita tidak payah bagi dia jadi calon. Maksudnya di sini, kita ada masa untuk nilai dia dalam tempoh tiga tahun ini.

“Jadi kalau (contohnya) mahu dapat Perlis ini semula, setiap ketua bahagian perlu duduk sekali dan cari pemimpin negeri yang hebat-hebat untuk ditempatkan di tiga kerusi Parlimen dan 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mula buat kerja dari sekarang,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat UMNO Bahagian Arau di Universiti Malaysia Perlis (Unimap), semalam.

Terdahulu, Johari dalam kunjungannya ke Perlis turut merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Padang Besar.

Mengulas lanjut, Johari berkata, setiap ahli dan pemimpin UMNO perlu memberi tumpuan kepada parti sendiri dan tidak menyalahkan pihak lain susulan kekalahan pada PRU15.

“Kita kena tumpu ke dalam parti sendiri dan lihat bagaimana kita boleh baik pulih dengan melahirkan lebih ramai pemimpin muda,” katanya.

Tambahnya, formula itu dapat digunakan bagi mencari pemimpin untuk dicalonkan pada PRU16 sekali gus membantu kemenangan UMNO di Perlis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN