KOTA BHARU: UMNO Kelantan akan meletakan calonnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Jeli dan Gua Musang jika kerusi tersebut dikosongkan oleh Ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Ketua Penerangannya Datuk Zawawi Othman berkata, hal ini kerana kedua-dua kawasan itu merupakan kerusi UMNO. “Pada masa sama, jika PRK berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri (Gua Musang) kita (UMNO) akan turut bertanding. “Jadi saya harap, Kerajaan…