Ukraine sedia berdamai dengan Russia

Ukraine sedia berdamai dengan Russia

VOLODYMYR Zelensky ketika berucap pada sidang kemuncak keamanan di Switzerland.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUCERNE: Kyiv sedia mengadakan rundingan damai dengan Russia pada Isnin, jika Moscow berundur dari semua wilayah Ukraine yang dituntutnya, kata Presiden Volodymyr Zelensky.

Bercakap pada penutupan sidang kemuncak keamanan di Switzerland, Zelensky berkata, Presiden Russia, Vladimir Putin tidak akan menamatkan perang dan pihaknya perlu menghentikan konflik dalam apa cara yang boleh, sama ada ketenteraan atau diplomatik.

Beliau berkata, bantuan Barat tidak mencukupi untuknya memenangi perang, tetapi sidang kemuncak ini menunjukkan sokongan antarabangsa terhadap Ukraine tidak lemah.

Pertemuan itu berakhir dengan puluhan negara komited terhadap integriti wilayah Ukraine.

Dokumen terakhir yang diterima pakai meletakkan kesalahan ke atas Russia kerana menyebabkan kemusnahan perang yang meluas.

Ia turut menggesa agar kawalan Ukraine ke atas loji kuasa nuklear Zaporizhzhia dipulihkan, yang kini diduduki oleh Russia.

Dokumen itu antara lain merujuk pencerobohan Russia sebagai ‘perang’, tuduhan yang dinafikan oleh Moscow.

Selain itu, ia juga menggesa pertukaran semua tahanan dan memulangkan kanak-kanak yang diculik oleh Russia.

Bagaimanapun, beberapa negara yang hadir termasuk India, Afrika Selatan dan Arab Saudi tidak menandatanganinya.

Sidang kemuncak, yang dihadiri 90 negara dan organisasi antarabangsa itu, bertujuan mewujudkan sokongan meluas untuk proses membantu menamatkan perang di Ukraine.

Russia tidak dijemput manakala sekutu terbesarnya, China tidak hadir, menyebabkan sesetengah pihak meragui keberkesanan sidang kemucak berkenaan.- BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN